TIOMAN

Piagam Pelanggan

Kami komited untuk menjalankan kerja-kerja pemotongan rumput di kawasan awam sebanyak 2 pusingan pada setiap bulan.

Kami berjanji menyiapkan proses permohonan projek dan memaklumkan keputusan dalam tempoh 3 bulan dengan syarat segala dokumen yang dikemukakan adalah lengkap.

Kami berjanji meluluskan pelan bangunan di bawah undang-undang kecil kawalan bangunan akan diberikan jawapan dalam tempoh 6 minggu dengan syarat segala dokumen yang dikemukakan adalah lengkap.

Kami berjanji untuk meluluskan permohonan lesen premis dan lesen iklan dalam masa 14 hari dengan syarat permohonan yang dikemukakan adalah lengkap.

kami berjanji mencetak dan menulis resit pembayaran dalam masa 5 minit bagi setiap bil.

Kami berjanji mengambil tindakan ke atas aduan awam dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan

Translate »