::. Laman Utama .::. Organisasi .::. Pelancongan .::.  Buletin .::. Galeri .::. Perjawatan .::. E-Mail .::
 
 

Sejarah Penubuhan Organisasi

Pada 19 Mac 1997 Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah bersetuju perbadanan khusus ditubuhkan bagi mentadbir Pulau Tioman. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Ogos 1997 bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan Perbadanan Pulau Tioman. Pulau Tioman juga tidak dimasukkan di bawah Lembaga Pembangunan dan Pengurusan Pulau Peranginan yang akan diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan. [lagi..]

 

 
 
Fungsi
 
 

(a)

(b)


(c)

(d)


(e)

Melaksanakan segala fungsi Kerajaan Tempatan di dalam Kawasan Lembaga Pembangunan Tioman;

Memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Lembaga Pembangunan Tioman;

Memajukan dan menggalakkan Kawasan Lembaga Pembangunan Tioman sebagai kawasan bebas duti;

Memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersil dalam Kawasan Lembaga Pembangunan Tioman;

danMengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang tersebut dalam perenggan (b), (c) dan (d) dalam Kawasan Lembaga Pembangunan Tioman.

 

 
 

Visi

Untuk menjadi peneraju utama yang progresif, dinamik dan berdaya maju bagi melaksanakan rangka kerja pengurusan dan pembangunan kawasan lembaga pembangunan tioman

Misi

Melaksanakan rangka kerja pengurusan dan pembangunan kawasan Lembaga Pembangunan Tioman dengan cekap dan berkesan untuk menjamin kesejahteraan penduduk dan pelancong

Piagam Pelangan

  • Kami berjanji akan membuat pembayaran bagi invois dan tuntutan dijelaskan dalam masa 7 hari bekerja setelah dokumen lengkap diterima.
  • Kami berjanji untuk mengutip sisa pepejal domestik dan komersil pada setiap hari dan dilupuskan dalam tempoh 24 jam.

[lagi..]

Strategi

  • Melaksanakan pengurusan alam sekitar yang mampan;
  • Menstruktur semula penempatan-penempatan utama dan meningkatkan penyediaan infrastruktur fizikal dan sosial;
  • Membangunkan asas ekonomi yang kukuh berteraskan sektor pelancongan;
  • Menggiatkan penyertaan penduduk tempatan dalam pembangunan Pulau Tioman; dan
  • Meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan Pulau Tioman.

Hak Cipta © Lembaga Pembangunan Tioman
Ibu pejabat : No. 1&2, Jalan Endau Rompin, Tanjong Gemok, 26820 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur No. Tel : 609-4133171 ; No. Fax : 609-4133178

Cawangan Tioman : Kg Tekek, Pulau Tioman 26800 Rompin Pahang Darul Makmur
No. Tel : 609-4191 242 ; No. Faks : 609-4191 394

E-mail : tda@tioman.gov.my
.