::. Laman Utama .::. Organisasi .::. Pelancongan .::.  Buletin .::. Galeri .::. Perjawatan .::. E-Mail .::
.:: Pautan Pelancongan ::.
.:: Pautan Pantas ::.
 
.:: Pengumuman ::.
 
   
 

 

:: Sultan Ahmad Shah Tioman International Eco Challenge 2012 ::

Acara Tahunan yang dianjurkan oleh SAS Eco Challenge Sdn. Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang ini di akhiri dengan Majlis Jamuan Bersama Rakyat, Persembahan Kebudayaan dan Acara Penyampaian Hadiah yang telah diadakan pada 12 Mei 2012 di Dataran Tioman, Pulau Tioman. Perasmian penutup telah diwakili oleh YB Kapten (B) Dato' Haji Mohd Johari bin Haji Hussain, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tioman yang bermula pada jam 8.45 malam. Manakala seramai 206 oerang peserta telah memulakan pertandingan larian pada jam 8.00 pagi di Dataran Tioman. Majlis pelepasan ini telah di sempurnakan oleh Yang Mulia Lt. Kol. Tengku Dato’ Sri Kamarulzaman Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar, Pengerusi Acara Sultan Ahmad Shah Tioman International Eco-Challenge (SASTIEC) The 5th Race 2012.

Antara program sampingan yang telah diadakan ialah Program Jiwa Murni yang merupakan program pemeriksaan kesihatan oleh KOR Kesihatan Diraja Tentera Darat. Pada tahun ini, program ini telah diadakan di semua penempatan utama Pulau Tioman dan seramai 661 orang telah menjalani pemeriksaan kesihatan, 213 orang telah menjalani pemeriksaan pergigian dan 34 orang kanak-kanak telah selamat di khatankan.

Sepanjang acara ini juga, pameran oleh beberapa Angensi yang bertujuan untuk mempromosi sektor pelancongan serta kesedaran dan pendidikan kepada penduduk Tioman telah diadakan. Antara agensi yang terlibat ialah Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser sebagai agensi pelancongan Negeri Pahang, Universiti Malaysia Pahang, Tourism Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya, Bank Simpanan Nasional dan Agensi Antidadah Kebangsaan. Acara tahun ini juga turut melibatkan penduduk tempatan yang diberi peluang untuk membuka gerai perniagaan di sekitar tapak perasmian pertandingan ini.

Sekitar Acara SASTIEC 2012


:: Kerja-kerja mengangkut dan melupuskan sampah-sampah tidak luput ::

 

8 Mei 2012 - Aktiviti ini telah dilaksanakan oleh anggota TDA. Pengusaha-pengusaha chalet serta penduduk kampung dikehendaki mengumpulkan sampah tersebut di jeti kg salang dan dimasukkan ke dalam ‘slow bot’ untuk dibawa ke kg tekek bagi tujuan pelupusan. sampah-sampah yang tidak luput ini termasuklah besi buruk, tin-tin, barangan elektrik rosak dan lain - lain

 


:: Program Pemeriksaan ‘Star Rating’ hotel/ chalet di Pulau Tioman bersama-sama panel pemeriksa ::

 
 

10 – 12 April 2012 - Program ini bertujuan untuk memberikan taraf bintang / orkid kepada hotel & chalet di Sekitar Kg. Genting, Paya & Tekek, Pulau Tioman yang mana telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia. Panel Pemeriksa yang terlibat adalah dikalangan anggota Kementerian Pelancongan, TDA, Jabatan Bomba & Penyelamat Rompin, Jabatan Kesihatan dan NGO.

 

 

 

 

 


22 Mei 2012 - Sail Malaysia Passage To The East 2012

.:: Pautan ::.
.:: e-Sistem ::.
.:: Mutira Kata ::.

Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire

.:: Koleksi Gambar ::.

.:: Jumlah Pelawat ::.

Web Counter

Bermula 30 Jun 2011

.......................................................................................................................................................................................................................

Penafian : Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Tioman adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
Hak Cipta © Lembaga Pembangunan Tioman
Ibu pejabat : No. A-145-147, Tingkat 1&2, Lorong Tun Ismail 6, Sri Dagangan, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur No. Tel : 609-5141206 ; No. Fax : 609-5148801

Cawangan Tioman : Kg Tekek, Pulau Tioman 26800 Rompin Pahang Darul Makmur
No. Tel : 609-4191 242 ; No. Faks : 609-4191 394

E-mail : tda@tioman.gov.my

[Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar Mozilla Firefox, Chrome] [kemaskini : 17 Mei 2012]