::. Laman Utama .::. Organisasi .::. Pelancongan .::.  Buletin .::. Galeri .::. Perjawatan .::. E-Mail .::

 

7 September 2017 : Tumpahan minyak telah melanda pantai Pulau Tioman berikutan kes perlanggaran dua buah kapal dagang pada 18 Ogos 2017 yang lalu. Pada 30 Ogos 2017, Pihak JAS bersama Pihak TDA, JTLM dan 2 orang wakil Sykt Boyd Marine Consultant telah membuat lawatan bagi mengesahkan punca tumpahan minyak tersebut. Hasil lawatan, disahkan bahawa tumpahan minyak berpunca dpd perlanggaran kapal dagang di Johor.

Kerja-kerja pembersihan telah dibuat oleh Sykt Boyd Marine Consultant selama 4 hari bermula 3 hingga 7 Sept 2017. Kaedah pelupusan dibuat di kawasan yg sama seperti pelupusan tarball dan diperakukan oleh Pihak JAS

.Lawatan pemeriksaan susulan bagi kerja pembersihan akan dibuat oleh Sykt Boyd Marine Consultant bersama-sama wakil Pihak TDA pada 11 Sept 2017 untuk memenuhi keperluan dan syarat-syarat pembersihan dipatuhi.

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

9 Februari 2017, Bahagian Kerajaan Tempatan telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan pantai dari kawasan Jeti TNB sehingga sempadan Jambatan Air Antu. Aktiviti pembersihan pantai ini hanya berfokus untuk kutipan botol-botol plastik, bahan kaca, tin-tin minuman dan bahan-bahan pejal lain yang boleh dikitar semula yang dibawa oleh air pasang ke pantai. Gambar aktiviti seperti di lampiran

 

 

Hak Cipta © Lembaga Pembangunan Tioman
Ibu pejabat : No. 1&2, Jalan Endau Rompin, Tanjong Gemok, 26820 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur No. Tel : 609-4133171 ; No. Fax : 09-41331789

Cawangan Tioman : Kg Tekek, Pulau Tioman 26800 Rompin Pahang Darul Makmur
No. Tel : 609-4191 242 ; No. Faks : 609-4191 394

E-mail : tda@tioman.gov.my